Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (diputerakan pada 6 Januari 1949 di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan) merupakan mantan Raja Perempuan Kelantan. Baginda merupakan permaisuri (isteri) kepada Sultan Kelantan ke-28, Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra daripada perkahwinan mereka pada tahun 1968 sehingga kemangkatannya pada tahun 2019.
KEHIDUPAN AWAL
Tengku Anis diputerakan pada 6 Januari 1949 di kediaman nenda baginda di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan. Baginda merupakan kerabat diraja Kelantan dari sebelah bonda dan juga Pattani dari sebelah ayahanda. Merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Tengku Abdul Hamid Bin Almarhum Tengku Muda dan Almarhumah Tengku Azizah Binti Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah. Nenda baginda iaitu Tengku Mohd Hamzah merupakan bekas Menteri Besar Kelantan yang lebih dikenali dengan gelaran Tengku Sri Maharaja. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Inggeris Zainab dan mendapat kelulusan Senior Cambridge dan lulus Sijil Persekolahan Malaysia. Baginda mendapat didikan agama daripada guru agama yang dibawa ke kediaman baginda. Baginda dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand pada 26 Februari 2005.
YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN TENGKU ANIS
RAJA PEREMPUAN
Tempoh pemerintahan : 13 September 2010 – kini
Pendahulu : Raja Perempuan Zainab II
RAJA PEREMPUAN KELANTAN
Tempoh pemerintahan : 30 Mac 1979 – 13 September 2010
Kemahkotaan : 30 Mac 1980
Pendahulu : Raja Perempuan Zainab II
Pengganti : Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (sebagai Sultanah)
TENGKU AMPUAN MAHKOTA KELANTAN
Tempoh pemerintahan : 1 Januari 1969 – 30 Mac 1979
Pelantikan : 1 Januari 1969
Keputeraan : Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
6 Januari 1949 (umur 75)
Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Pasangan : Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (k. 1968; m. 2019)
Anakanda : Tengku Muhammad Faris Petra (KDYMM Sultan Muhammad V)
Tengku Muhammad Faiz Petra
Tengku Muhammad Fakhry Petra
Tengku Amalin A’ishah Putri
NAMA DIRAJA
Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
Kerabat Diraja Kelantan
Ayahanda : Almarhum Tengku Abdul Hamid Bin Tengku Muda Sulong Abdul Putra
Bonda : Almarhum Tengku Azizah Binti Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah
Agama : Islam
Tengku Anis merupakan penaung persatuan diraja dan pertubuhan kebajikan bagi beberapa organisasi, antaranya:
PANGGILAN DAN GELARAN
BUKU BERKAITAN YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN TENGKU ANIS |
|||
TAJUK: Kesetiaan Dijunjung,Raja Disanjung,Rakyat Dipayung Pautan OPAC UiTM: Klik Disini |
TAJUK: Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra : sebuah biografi / oleh Mohamed Zain Saleh Pautan OPAC UiTM: Klik Disini |
TAJUK: Raja Berdaulat, Rakyat Aman Bahagia Pautan OPAC UiTM: Klik Disini |
TAJUK: Kadaulatan Raja Payung Ummah Pautan OPAC UiTM: Klik Disini |
TAJUK: Keluarga Diraja Kelantan Darulnaim / Mohd Zain Saleh Pautan OPAC UiTM: Klik Disini |
TAJUK: Tuanku Junjungan Rakyat Pautan OPAC UiTM: Klik Disini |
TAJUK: Perayaan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-51 Pautan OPAC UiTM: Klik Disini |
Penubuhan kampus ini bermula daripada cetusan idea Menteri Pengajian Tinggi Dato' Seri Naib Canselor UiTM dan juga Rektor kampus bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar.
Penubuhan UiTM Kampus Kota telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Mustapa Mohamad pada 18 Oktober 2006 dan sesi pertama pengajiannya telah bermula pada Julai 2007. Penubuhan Kampus Kota mengambilkira beberapa kriteria antaranya ialah lokasinya berada di kawasan bandar Kota Bharu dan mestilah strategik bagi tujuan penonjolan imej.
Susulan dari pengumuman itu, sebuah Jawatankuasa Penubuhan Kampus Kota yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus telah dibentuk. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ketua-ketua bahagian serta unit di UiTM Kelantan. Wisma KUB yang mempunyai 4 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 24,522.75 kaki persegi telah dipilih sebagai kampus sementara UiTM Kampus Kota atau nama rasminya Universiti Teknologi MARA Kelantan,Kampus Kota Bharu.
Pada tahun 2008, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Universiti Teknologi MARA Malaysia seterusnya meluluskan penyewaan 2 blok bangunan 3 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 19,200 kaki persegi yang telah beroperasi pada Julai 2009.
Corporate & Collaboration Division
Perpustakaan Tengku Anis,
UiTM Cawangan Kelantan,
Kampus Machang,
Bukit Ilmu,
18500 Machang,
Kelantan Darul Naim
Malaysia
09 976 2338 | 09 976 2336 | Consultation Services | |
09 976 2339 | Norfitriah binti Mat Seman | |
norfitriah@uitm.edu.my | |
Join Channel - @uitmlibrary | |
Click here to view QR Code |