Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

About Raja Perempuan Tengku Anis

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

 

Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid (diputerakan pada 6 Januari 1949 di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan) merupakan mantan Raja Perempuan Kelantan. Baginda merupakan permaisuri (isteri) kepada Sultan Kelantan ke-28, Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra daripada perkahwinan mereka pada tahun 1968 sehingga kemangkatannya pada tahun 2019.

 

KEHIDUPAN AWAL

Tengku Anis diputerakan pada 6 Januari 1949 di kediaman nenda baginda di Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan. Baginda merupakan kerabat diraja Kelantan dari sebelah bonda dan juga Pattani dari sebelah ayahanda. Merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Tengku Abdul Hamid Bin Almarhum Tengku Muda dan Almarhumah Tengku Azizah Binti Almarhum Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah. Nenda baginda iaitu Tengku Mohd Hamzah merupakan bekas Menteri Besar Kelantan yang lebih dikenali dengan gelaran Tengku Sri Maharaja. Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Inggeris Zainab dan mendapat kelulusan Senior Cambridge dan lulus Sijil Persekolahan Malaysia. Baginda mendapat didikan agama daripada guru agama yang dibawa ke kediaman baginda. Baginda dianugerahkan dengan Ijazah Doktor Falsafah Kehormat dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Ramkhamhaeng, Thailand pada 26 Februari 2005.

 

YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN TENGKU ANIS

RAJA PEREMPUAN
Tempoh pemerintahan  :   13 September 2010 – kini
Pendahulu                       :   Raja Perempuan Zainab II

RAJA PEREMPUAN KELANTAN
Tempoh pemerintahan  : 30 Mac 1979 – 13 September 2010
Kemahkotaan                  : 30 Mac 1980
Pendahulu                       : Raja Perempuan Zainab II
Pengganti                        : Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (sebagai Sultanah)

TENGKU AMPUAN MAHKOTA KELANTAN
Tempoh pemerintahan     : 1 Januari 1969 – 30 Mac 1979
Pelantikan                           : 1 Januari 1969
Keputeraan                         : Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
                                               6 Januari 1949 (umur 75)
                                               Palm Manor, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Pasangan                            : Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (k. 1968; m. 2019)
Anakanda                           : Tengku Muhammad Faris Petra (KDYMM Sultan Muhammad V)
                                              Tengku Muhammad Faiz Petra
                                              Tengku Muhammad Fakhry Petra
                                              Tengku Amalin A’ishah Putri

 

NAMA DIRAJA
Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid

Kerabat Diraja Kelantan
Ayahanda              : Almarhum Tengku Abdul Hamid Bin Tengku Muda Sulong Abdul Putra
Bonda                    : Almarhum Tengku Azizah Binti Tengku Sri Maharaja Tengku Mohd Hamzah
Agama                   : Islam

Tengku Anis merupakan penaung persatuan diraja dan pertubuhan kebajikan bagi beberapa organisasi, antaranya:

  •   Pengasas Rumah Anak Yatim Darul Aitam
  •  Pengasas Tadika Tengku Anis
  •  Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan
  •  Yayasan Kraftangan Kelantan
  •  Yayasan Pesakit Jantung Kelantan

 

PANGGILAN DAN GELARAN

  • 6 Januari 1949  - 1960: Yang Mulia Tengku Anis binti Tengku Abdul Hamid
  • 1960  - 4 Disember 1968: Yang Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
  • 4 Disember 1968  - 1 Januari 1969: Yang Amat Mulia Isteri Tengku Mahkota Kelantan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid
  • 1 Januari 1969  - 30 Mac 1979: Yang Teramat Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid, Tengku Ampuan Mahkota Kelantan
  • 30 Mac 1979  - 13 September 2010: Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan
  • 13 September 2010 – Kini: Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid

 

BUKU BERKAITAN YANG MAHA MULIA RAJA PEREMPUAN TENGKU ANIS
       

TAJUK: Kesetiaan Dijunjung,Raja Disanjung,Rakyat Dipayung

Pautan OPAC UiTM: Klik Disini

TAJUK: Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra : sebuah biografi / oleh Mohamed Zain Saleh

Pautan OPAC UiTM: Klik Disini

TAJUK: Raja Berdaulat, Rakyat Aman Bahagia

Pautan OPAC UiTM: Klik Disini

TAJUK: Kadaulatan Raja Payung Ummah

Pautan OPAC UiTM: Klik Disini

       
     

TAJUK: Keluarga Diraja Kelantan Darulnaim / Mohd Zain Saleh

Pautan OPAC UiTM: Klik Disini

TAJUK: Tuanku Junjungan Rakyat

Pautan OPAC UiTM: Klik Disini

TAJUK: Perayaan Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke-51

Pautan OPAC UiTM: Klik Disini