Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

SEJARAH PERPUSTAKAAN TENGKU ANIS KAMPUS KOTA BHARU

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

Penubuhan kampus ini bermula daripada cetusan idea Menteri Pengajian Tinggi Dato' Seri Naib Canselor UiTM dan juga Rektor kampus bagi meningkatkan jumlah kemasukan pelajar.

 

Penubuhan UiTM Kampus Kota telah diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato’ Mustapa Mohamad pada 18 Oktober 2006 dan sesi pertama pengajiannya telah bermula pada Julai 2007. Penubuhan Kampus Kota mengambilkira beberapa kriteria antaranya ialah lokasinya berada di kawasan bandar Kota Bharu dan mestilah strategik bagi tujuan penonjolan imej.

 

Susulan dari pengumuman itu, sebuah Jawatankuasa Penubuhan Kampus Kota yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus telah dibentuk. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ketua-ketua bahagian serta unit di UiTM Kelantan. Wisma KUB yang mempunyai 4 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 24,522.75 kaki persegi telah dipilih sebagai kampus sementara UiTM Kampus Kota atau nama rasminya Universiti Teknologi MARA Kelantan,Kampus Kota Bharu.

 

Pada tahun 2008, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif, Universiti Teknologi MARA Malaysia seterusnya meluluskan penyewaan 2 blok bangunan 3 tingkat dengan keluasan lantai keseluruhan 19,200 kaki persegi yang telah beroperasi pada Julai 2009.