Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DAN PENGURUSAN DOKUMEN RAHSIA RASMI

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

 

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ dan Salam Sejahtera.

  

Salam UiTM Dihatiku, Salam Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga,

Championing Datapreneurship, Empowering Community.

 

YBrs. Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan yang dihormati,

 

JEMPUTAN KE KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN PERLINDUNGAN DAN PENGURUSAN DOKUMEN RAHSIA RASMI UiTM CAWANGAN KELANTAN

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan akan menganjurkan Kursus Pengurusan Keselamatan Perlindungan Dan Pengurusan Dokumen Rahsia Rasmi UiTM Cawangan Kelantan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 14 – 15 Oktober 2024 (Isnin & Selasa)
Masa : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : HRDA, UiTM Cawangan Kelantan

Hari 1: https://forms.gle/XUQfeBwt8BvA7GCo6

Hari 2: https://forms.gle/s2Sod74Cgr7fgxAd6


3. Objektif utama kursus ini dianjurkan adalah untuk:

a) Memberi pengetahuan dan kefahaman tentang pengurusan keselamatan perlindungan dari perspektif Arahan Keselamatan.
b) Menjelaskan tentang prosedur yang betul, tepat dan jelas berkenaan pengurusan dokumen rahsia rasmi di jabatan kerajaan.

4. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak YBrs.  Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dapat meluluskan dan memberi kebenaran staf (seperti di lampiran) untuk hadir ke program ini.  

5. Kerjasama dan keprihatinan tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.

 

 

Sekian.

 

اوسها، تقوى، مليا

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 


UNIT KORPORAT DAN KOLABORASI
Perpustakaan Tengku Anis,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan,
Bukit Ilmu, 18500 Machang,
Kelantan Darul Naim.

 

#UiTMDihatiku

#UiTMCawanganKelantan

#PerpustakaanTengkuAnis

#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa