اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ dan Salam Sejahtera.
Salam UiTM Dihatiku, Salam Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga,
Championing Datapreneurship, Empowering Community.
YBrs. Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan yang dihormati,
CERAMAH KESIHATAN: "FOOD AS MEDICINE"
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu akan menganjurkan Program Ceramah Kesihatan yang bertajuk "Food as Medicine" pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 05 September 2024 (Khamis)
Masa : 09.30 pagi-10.30 pagi
Tempat : Dewan Latihan, UiTM Kampus Kota Bharu
Platform : YouTube Perpustakaan Tengku Anis
Penceramah:
Dato’ Dr. Zaidi Zakaria
Pakar Bedah Kolorektal,
KPJ Perdana Kota Bharu
Moderator:
En. Zaihan Usman
Pensyarah Kanan (UiTM Kampus Kota Bharu)
Diabetic Survivor
3. Semoga kehadiran YBrs. Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dapat memeriahkan lagi program ini. Kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
اوسها، تقوى، مليا
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Perpustakaan Tengku Anis,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan,
Kampus Kota Bharu, Lembah Sireh
15050 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.
#UiTMDihatiku
#UiTMCawanganKelantan
#PerpustakaanTengkuAnis
#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa