Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

JEMPUTAN KE PROGRAM MUSAFIR ILMU: "RIDE TO BUKIT KELUANG"

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

 

اَلسَلامُ عَلَيْكُم وَرَحْمَةُ اَللهِ وَبَرَكاتُهُ dan Salam Sejahtera.

Salam UiTM Dihatiku, Salam Dari Tanah Serendah Sekebun Bunga,

Championing Datapreneurship, Empowering Community.

 

YBhg. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan yang dihormati,

 

MAKLUMAN PERUBAHAN TARIKH BAHARU PROGRAM MUSAFIR ILMU: "RIDE TO BUKIT KELUANG"

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 2. Dimaklumkan bahawa tarikh baharu bagi Program Musafir Ilmu: "Ride to Bukit Keluang" anjuran Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) & UiTM Bikers Club adalah seperti berikut:

 📑 Program: Musafir Ilmu: "Ride to Bukit Keluang"

 🗓 Tarikh: 6 Mac 2024 (Rabu)

  Masa: 8:00 Pagi – 4:00 Petang

 📍Tempat: Bukit Keluang, Besut Terengganu

 3. Kepada peserta yang tidak dapat menyertai program pada tarikh tersebut diminta untuk mengisi borang pembayaran balik yuran penyertaan di pautan berikut https://forms.gle/jty1BUMu7trc6avz5 .

 4. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali dan disusuli permohonan maaf. Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

 

Sekian, terima kasih.

 

اوسها، تقوى، مليا

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

UNIT KORPORAT DAN KOLABORASI

Perpustakaan Tengku Anis,

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan,

Bukit Ilmu, 18500 Machang,

Kelantan Darul Naim.

 

#UiTMDihatiku

#UiTMCawanganKelantan

#PerpustakaanTengkuAnis

#PembudayaanIlmuMembentukAdiwangsa