Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

BORANG SOAL SELIDIK PROFIL MEMBACA WARGA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2022/2023

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

 

 

YBhg. Dato'/Datuk/Datin/Prof /Dr./Tuan/Puan,

 

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam sedang menjalankan kajian Profil Membaca Warga Universiti Teknologi MARA 2022/2023 yang bertujuan untuk mengkaji trend membaca warga UiTM. Tujuan soal selidik ini adalah untuk:

 

1. Mewujudkan satu profil membaca warga UiTM yang terkini;

2. Mengenal pasti tabiat membaca warga UiTM mengikut lokasi, kampus, fakulti, Pusat Tanggungjawab (PTJ), jenis bahan bacaan, bahasa bahan bacaan, kumpulan umur, jantina dan kekerapan membaca;

3. Mengenal pasti perubahan minat dan trend membaca terkini warga UiTM terhadap pelbagai sumber bahan bacaan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan;

4. Mengkaji impak Program Galakan Membaca dalam mempengaruhi budaya membaca warga UiTM; dan

5. Mengenal pasti isu-isu, masalah dan korelasi di antara industri perbukuan dengan minat membaca warga UiTM

 

Berikut adalah pautan soal-selidik https://bit.ly/3O3iPCg

 

Soal selidik ini merangkumi EMPAT (4) bahagian memerlukan tuan/puan untuk meluangkan masa antara 5-10 minit bagi melengkapkan soal selidik ini. Semua maklumat yang diperoleh dikategorikan sebagai SULIT.

 

Penyertaan anda dalam kajian ini melayakkan anda untuk menerima HADIAH CABUTAN BERTUAH.

 

Sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkaitan kajian ini boleh berhubung melalui e-mel kami di alamat This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. .

 

Maklumat yang diberikan akan dianalisis secara agregat dan tidak akan merujuk kepada mana-mana individu responden. Kerjasama dan perhatian anda untuk melengkapkan soal selidik ini amat dihargai.

 

Terima kasih.