Please ensure Javascript is enabled for purposes of website accessibility

Program PSS ‘Makeover’

User Rating: 4 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Inactive
 

PSS Luqman Al-Hakim SMK Pangkal Meleret

 

Program PSS Makeover merupakan salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tengku Anis (PTA) di bawah program Skill-up the languages: Read2Lead sempena Minggu Bahasa SMK Pangkal Meleret. Aktiviti ini berlangsung selama 3 hari bermula pada 26 hingga 28 September 2022 bertempat di Pusat Sumber Sekolah (PSS) Luqman Al-Hakim SMK Pangkal Meleret.

Aktiviti ‘makeover’ dilakukan oleh beberapa orang staf PTA dan dibantu oleh empat orang pelajar latihan industri. Antara kerja-kerja ‘makeover’ yang dilakukan adalah penyusunan semula buku-buku di atas rak mengikut klasifikasi DDC, menyusun atur kerusi dan meja, mengemas ruangan yang berselerak serta menceriakan lagi ruang PSS dengan dekorasi.

 

 
Gambar sebelum kerja-kerja ‘makeover’ dilakukan
 

 

 Gambar sepanjang kerja-kerja ‘makeover’ dilakukan

 

Semoga dengan ‘makeover’ yang dilakukan ini dapat menarik minat murid untuk berkunjung ke pusat sumber dan membaca dalam keadaan yang selesa dan ceria.

Disediakan oleh : Sazlina Saleh, Pembantu Pustakawan PTA UiTM Cawangan Kelantan