Anda Positif Covid-19? Anda Kontak Rapat? Anda Bergejala?
Adakah anda positif COVID-19? Adakah anda kontak rapat kes positif COVID-19? Adakah anda mengalami gejala jangkitan COVID-19?
Adakah anda tergolong dalam golongan berisiko jangkitan COVID-19 (kategori A/B/C atau bergejala)?
Jadilah warga yang bertanggungjawab. Ketahui kedudukan anda di dalam rantaian wabak COVID-19 dan ambil tindakan sewajarnya!
Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan pandemik COVID-19 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah bersifat dinamik di mana ketetapan dibuat adalah mengikut situasi pandemik COVID-19 semasa yang sering berubah. Penyesuaian dibuat untuk menangani situasi yang berbeza-beza menyebabkan garis panduan pelaksanaan langkah pencegahan penularan COVID-19 di UiTM juga telah banyak berubah dari semasa ke semasa.
Justeru, semua warga diminta untuk sentiasa mengambil tahu akan perkembangan situasi semasa dan memberi kerjasama dengan mematuhi SOP terkini demi menjamin kesejahteraan semua.
Rujuk lampiran disertakan untuk mengetahui kategori risiko anda dan tindakan yang perlu diambil sekiranya anda, ahli keluarga atau kenalan rapat telah disahkan positif COVID-19 atau ada berhubung rapat dengan individu-individu yang telah disahkan positif COVID-19.
Pastikan anda mengemaskini status MySejahtera dan SaringC19UiTM, patuhi tempoh kuarantin ditetapkan oleh aplikasi MySejahtera dan laksanakan Penilaian Kendiri COVID-19: TRIIS sekiranya bergejala.
Jadilah warga yang bertanggungjawab dan bersama-sama kita memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan risiko jangkitan terutamanya di kalangan warga universiti dan memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat.
Keselamatan warga, tanggungjawab bersama.
Elakkan sebaran, putuskan rantaian.
Anda mampu mengubahnya. Pilihan di tangan anda!
#kitajagakita
#kitauitm
Need Help?
Anda memerlukan bantuan dan maklumat layari:
Laman WebPTA :- https://kelantan.library.uitm.edu.my
Pameran Maya WebPTA :- https://kelantan.library.uitm.edu.my/pages/exhibitions
Bantuan (Library Chat):- https://ptar.uitm.edu.my/libchat
WhatsApp PTA :- (Machang) https://pta.wasap.my
(Kampus Kota Bharu) https://wa.me/+6097417717
**Our Librarian on duty is available and ready to assist you at any time :-
Sunday-Wednesday (8:30am - 4:45pm) | Thursday (8:45am-3:00pm) | Friday-Saturday (Closed)
NOTE: FOR YOUR INFORMATION LIBRARY SERVICES CAN BE ACCESSED THROUGH UiTM DIGITAL LIBRARY DURING THE
IMPLEMENTATION OF MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO)
URL: https://kelantan.library.uitm.edu.my/
Thank you
"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
#UiTMPrihatin #PTARPrihatin #staysafe
Lindungi Diri, Lindungi Semua
CORPORATE COMMUNICATION DIVISION
PERPUSTAKAAN TENGKU ANIS (PTA)
UiTM CAWANGAN KELANTAN (UiTMCK)
Like and follow us at social media
https://twitter.com/ptauitmkelantan
https://www.facebook.com/ptauitmkelantan/
https://t.me/ptauitmkelantan
https://www.instagram.com/ptauitmkelantan
https://www.youtube.com/perpustakaantengkuanis